Friday, August 30, 2013

(Derek) Shepherd's Pie: senangnya mak oi

the Ingredients:

5 sudu Mashed Potato powder
Susu Ideal/susu tepung/susu kotak dalam 3 sudu gitu
Lada sulah secukup rasa
 Air panas sikit

Daging cincang satu bungkus
tomato 3 biji di blend
tepung gandum 2 sudu dilarutkan dengan air
1 tsp lada sulah atau lebih
1 sudu sos tiram (optional)
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
2 sudu serbuk kari (atau lebih)
sebiji bawang besar dipotong dadu
minyak menumis
garam secukup rasa
2 sudu sos spageti Kimball (optional)
serbuk oregano secukup rasa


lobak merah disagat kasar sebiji

cheese topping: mozarella, grated cheese etc

serbuk parsley

Cara-cara Memasak:
1. Tumis bawang sampai Wangi
2. Masukkan daging cincang
3. Kacau dengan serbuk Kari, Garam, lada sulah
4. Bila daging da garing, Masukkan sos tomato, Cili + tiram
5. Masukkan sos spagetti dan tomato blend
6. Bila sebati dan air telah kering, Masukkan bancuhan gandum
7. Tutup api bila Masakan daging dirasa tidak begitu berair. Tambahkan lobak parut dan Gaul.

1. Campur tepung mashed potato dgn air panas. Utk lebihkan rasa Iemak berkrim, air panas cuma sedikit dan lebihkan SusU sejat
2. Tambah lada sulah Dan gaul sebati

1. Preheat oven ikut kepanasan Yg sesuai bagi masakan pie
2. Mampatkan adunan daging dalam bekas kaserol. Tekan tekan sikit
3. Ratakan adunan kentang lenyek atas daging dan tekan2 
4. Tabur grated cheese seadanya sahaja.
5. Sprinkle parsley flakes

Bakar utk 20 minit jika Mau juicy, 25 minit jika suka yg Crispy ya

Makan dgn sos cili atau chili flakes :)

Nota:
♡ Tak Perlu guna air Sgt sebab air carrot akan bantu lembutkan adunan daging.
♥ Mashed potato boleh buat cara tradisional but I'm always first in line for shortcuts,  hehe
♡ mashed potato x perlu garam atau perasa kecuali susu untuk rs lemak berkrim. Lagipun topping cheese tu da cukup memberi perasa. 
♥ sos tiram dan lada sulah actually pelakon tambahan dalam adunan daging. Sebab ida suka guna ni everytime masak yg berdaging. Hobi.
♡ cheese jgn banyak sgt sebab nanti masin. Unless lapisan mash potato tebal sgt. Then u need la.
♥ ratio yg best ialah lapisan daging 2 kali ganda mashed, and cheese is less than half of mashed potato
♡ mashed potato covers meat like a proper hijab, cheese gratins cover mashed potato like gedik hijabistas. got what I mean?

Happy trying ;)





update:

once dah biasa buat boleh la reka macam2 topping. but the basic is simple, layer bawah daging, tengah mashed potato dan atas topping cheese sesuka hati..

happy trying :D
 

No comments:

Post a Comment