Monday, June 20, 2016

Popia Sayur: Mudah lagi Sedap!



Bahan-Bahan:
5 ulas bawang putih dicincang
2 sudu besar minyak zaitun untuk menumis
Minyak untuk menggoreng popia
3 biji telur
3 sudu besar bawang kisar
semangkuk isi ayam dicincang
garam
gula
1 sudu besar sos tiram
1 biji sengkuang sederhana diparut panjang
2 batang lobak diparut panjang
5 biji cili padi dihiris
50 keping kulit popia

Cara-cara:
1. Tumis bawang putih dan bawang kisar sehingga kuning.
2. Masukkan isi ayam yang telah dicincang. Tambah garam, gula dan sos tiram.
3. Bila ayam dah masak, tambah 2 biji telur. Kacau.
4. Masukkan sengkuang, lobak dan cili padi. Ratakan.
5. Bila sayur dah sedikit layu, tutup api dan biarkan sejuk.
6.  Pecahkan telur dan kacau dalam mangkuk. Gunakan ni sebagai gam masa lipat popia.
7. Bila inti da sejuk, boleh lipat popia seperti rajah di bawah.


8. Popia yang telah dilipat dan digam dengan telur bolehlah digoreng sehingga kekuningan.

Nota:
1. Boleh gantikan ayam dengan udang sederhana jika mahu.
2. Taugeh dan kubis yang dihiris boleh juga ditambah jika mahu.
3. Ada juga yang gunakan tepung yang dilikatkan dengan air sebagai gam.
4. Kalau suka pedas boleh tambah lada sulah secukup rasa.
5. Pastikan popia digam dengan elok supaya tak terburai inti semasa digoreng nanti.


No comments:

Post a Comment